Selebriti Malaysia Di Konsert Deftones 14 Februari Ini

Please get the tix, or you will miss the chances to meet our local celebrities. OHBULAN! difahamkan, sesi Black Carpet sempena konsert Deftones akan dihadiri oleh barisan artis yang trendy & terkemuka seperti Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Tengku Azura, Mizz Nina & tunang Noh Hujan, Nasha Aziz, Hillary Ang (Search),  Estranged, Bunkface, Pesawat, Loque Monologue & Prema.

Bukan itu sahaja, nama-nama besar juga dijangka akan hadir ke konsert Deftones seperti Amy Search, Awie (Wings), Erra Fazira, Fasha Sandha dan Scha Al-Yahya. Kemungkinan, anda berpeluang melihat sendiri kekasih terbaru Fasha Sandha, atau fesyen rock Scha & Awal Ashaari pada hari berkenaan.

Sesi Black Carpet akan bermula pada pukul 7 malam bertempat di KL Live, Kuala Lumpur. Konsert akan dibuka oleh band rock terkemuka, Love Me Butch sekitar pukul 8.30 pm sebelum pentas dijajah oleh Deftones.

Pastikan anda dapatkan tiket konsert Deftones, and enjoice to the fullest!

0 comments:

Post a Comment