Ifa Raziah Maafkan Orang Yang Menghina Dirinya, Motif?

Ceritanya, Ifa Raziah sebentar tadi telah mengumumkan bahawa dia telah memaafkan segala kejian & hinaan yang dilemparkan kepadanya. Okay, kami lihat dari aspek Ifa, memang satu langkah yang baik.

Tapi lain pula cerita, adakah Ifa Raziah meminta maaf daripada orang-orang yang telah dikejinya? Rakan media Beautifulnara melaporkan bahawa bukan sahaja Ifa Raziah menyembur Safura, malah followers Twitternya turut disembur dengan pelbagai kata-kata berunsurkan hinaan. Kami enggan cakap, anda baca, anda nilaikan.

Selebriti Malaysia Di Konsert Deftones 14 Februari Ini

Please get the tix, or you will miss the chances to meet our local celebrities. OHBULAN! difahamkan, sesi Black Carpet sempena konsert Deftones akan dihadiri oleh barisan artis yang trendy & terkemuka seperti Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Tengku Azura, Mizz Nina & tunang Noh Hujan, Nasha Aziz, Hillary Ang (Search),  Estranged, Bunkface, Pesawat, Loque Monologue & Prema.

Bukan itu sahaja, nama-nama besar juga dijangka akan hadir ke konsert Deftones seperti Amy Search, Awie (Wings), Erra Fazira, Fasha Sandha dan Scha Al-Yahya. Kemungkinan, anda berpeluang melihat sendiri kekasih terbaru Fasha Sandha, atau fesyen rock Scha & Awal Ashaari pada hari berkenaan.

Sesi Black Carpet akan bermula pada pukul 7 malam bertempat di KL Live, Kuala Lumpur. Konsert akan dibuka oleh band rock terkemuka, Love Me Butch sekitar pukul 8.30 pm sebelum pentas dijajah oleh Deftones.

Pastikan anda dapatkan tiket konsert Deftones, and enjoice to the fullest!

(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan

Kami terbaca aduan seorang pendengar stesen radio Red FM, Nadira Ilana yang tersinggung dengan stesen radio ini yang mempersendakan bahagian sulit wanita dalam temubual video bersama gadis-gadis FHM untuk pertandingan FHM

Cerita Wanita Hampir Dirogol Oleh Bangla !!

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”

Nasha Aziz Kena Rompak !!

Kenapalah kes mencuri semakin berleluasa di Malaysia ni, dan yang paling menakutkan kes ragut yang dah ramai meragut nyawa orang ramai terutamanya golongan wanita. Mungkin kerana terdesak atau pengaruh dadah memyebabkan penjenayah tersebut sanggup melakukan apa saja.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini surat khabar Kosmo diruangan hadapan menceritakan Nasha Aziz kerugian hampir RM40 Ribu  ( Duit RM 10k

Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie

kata Noraini Mohd Nasir apabila ditanya identiti wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya, Joey. Noraini memberitahu mahkamah untuk kes permohonan lafaz cerai terhadap Joey.

Noraini menceritakan kronologi kes penceraian yang bermula daripada perbincangan di luar rumah. Al-kisahnya, Joey pulang ke rumah bersama Acong pada 4 Jun 2010. Ketika berbincang di luar rumah, Joey menyatakan hasrat untuk menceraikan dirinya, namun dia terus masuk ke dalam rumah.

Acong kemudiannya memberitahu Noraini bahawa lafaz cerai yang disebutkan oleh Joey memang jelas maksudnya. Kemudian, dia cuba menghubungi Joey, namun panggilan & SMS tidak berbalas.

Selang 4 hari kemudian, Joey pulang ke rumah dan ingin merujuk kembali dengan melafazkan kenyataan berbunyi, ‘Aku Zulkifli Daud dengan ini merujuk kembali kepada kamu, Noraini Mohd Nasir.’

Kredit berita: Berita Harian

Majlis Pernikahan Shahriza Mahmud dan Saddiq Abang Ana Raffali

 Alhamdulillah akhirnya hari bahagia Shahriza Mahmud dan Saddiq abang Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini. Jika sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai Saddiq yang melamar Shariza semasa majlis perkahwinan Wafa, dan berikut bait-bait kata insan berdua ini yang sudah pasti tersenyum dan berdebar-debar.
“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.

Majlis pernikahan akan berlangsung  pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11
ZoOm : Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat..Apa kata anda !!? Posted byAdminat8:28 PM

Gossip Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Hutan !!!

Kalau sebelum ini ZoOm pernah terbaca mengenai kisah Farid Kamil dikatakan mempunyai paras rupa yang sama dengan lakaran gambar suspek pembunuhan anak gadis yang tidak bersalah. Dan kini timbul pula cerita daripada akhbar utama yang mengatakan "Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya.
Dan berikut jawapan Farid Kamil mengenai Gossip yang DENGAN ORANG HUTAN NI !!!
"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia"Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.
ZoOm : Apa Kata Anda Mengenai Gossip Ini !!? Posted byAdminat8:41 PM

Ariel Peterpan Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun 6 Bulan !

Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.
ZoOm : Tetapi ZoOm Tahu ramai rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan hukuman ringan yang diterima oleh Ariel yang hanya dikenakan hukuman penjara 3 Tahun 6 Bulan. Kalau ini terjadi di Malaysia berapakah tahunkan hukuman yang sesuai bagi si pesalah dan si PELAKU !!

Posted byAdminat8:53 PM

Yusry KRU Bakal Menjadi Pensyarah Uitm !!

Entah betul ke tak sebab ini cuma cerita yang ZoOm dapat daripada seorang penulis blog yang bercerita dan mendapat info mengatakan Yusry KRU menerima tawaran menjadi pensyarah di Uitm. Walaupun tidak mempunyai kelulusan yang melayakkan beliau menjadi pensyarah tetapi kalau di ambil kira dengan pengalaman beliau memang layak.

ZoOm pun tak arif sangat mengenai cerita ni cukuplah sekadar berkongsi dengan anda di ZoOmartis kisah yang belum diketahui mengenai artis kita di Malaysia Khasnya.

Berikut gambar yang ZoOm sempat copy dan crop untuk anda.

Sistem MEPS di Bank Down !!

Petang tadi ZoOm ingin mengeluarkan sejumlah wang disalah satu cawangan bank yang berlainan daripada kad bank yang ZOom ada. Macam biasa ZoOm masukkan kad dan pin, namun setelah beberapa minit ZoOm terkejut kerana ada mesej yang mengatakan tranksaksi gagal.
Lepas tu bagilah peluang dekat akak kat belakang ZoOm untuk mencuba nasib sebab setahu ZOOm baki dalam akaun mencukupi daripada jumlah yang ingin ZoOm keluarkan. Tak sampai  beberapa minit akak tadi pun mengeluh dan perkataan yang keluar dari mulut akak tu, " Rosak ATM ni Dik". Dah agak dah mesti ada yang tak kena dengan ATM tu.
Nak dijadikan cerita dan ZoOm perlu keluarkan duit daripada ATM terpaksalah berjalan ke bangunan di seberang untuk mengeluarkan duit dari akaun. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah memberitahu sistem MEPS tidak dapat digunakan sejak beberapa hari dan jika ingin mengeluarkan duit daripada ATM yang sama dengan kad bank. Akhirnya dapat juga ZoOm keluarkan duit daripada bank !!! GERAM tapi nak buat macam mana kita cuma pengguna yang berharap pada sistem !!

ZoOm : Apa kata anda  yang cuba mengeluarkan duit dari ATM hari ini !!?
Posted byAdminat7:31 PM

Ibu Zila Bakarin Sedang Nazak Di Hospital Ampang

Semoga ibu Zila Bakarin akan tabah menghadapi dugaannya, walaupun berat mata memandang beratlagi bahu yang memikul penyakit yang info kahabarkan telah lama dihidapi oleh ibu Zila.

Zizie Ezette di Tahan Di Hospital Ampang Suspek Denggi !!!

Menurut isteri kepada YB Bung Mokhtar ini beliau dimasukkan ke hospital pakar Ampang isnin lalu kerana suspek denggi. Khabarnya beliau berseorangan dirumah kerana suami berada di Sabah ketika beliau tengah demam teruk, nasib baiklah ibu Zizie ada dan menghantar ke Hospital Ampang.


Zizie juga mengatakan mungkin beliau dijangkiti ketika bercuti di Filipina bersama suami tersayang yang sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai YB. 


Nak buat macam mana suami jauh dan perlu berkhimat untuk masyarakat dan Negara khasnya.


Apa-apa pun semoga sihat walafiat.Posted byAdminat11:04 AM

Artis Indonesia Indra L. Bruggman Tolak Filem Seks

Macam-macam juga cerita artis dari seberang kalau sebelum ini hukuman vokalis Peterpan iaitu Ariel dipersoalkan oleh sesetengah pihak kerana terlalu ringan. Namun bagi ZoOm ada lagi pihak diluar sana yang perlu dikenakan hukuman selain daripada si pelaku yang kantoi. 


Contohnya macam cerita artis bernama Indra daripada Indonesia ini yang khabarnya ditawarkan untuk beraksi panas dalam filem terbaru, namun beliau menolaknya. Berikut diantara "Statement" beliau ketika ditanya oleh wartawan mengenai kariernya.

"Beberapa bulan lalu saya dapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem. Setelah berbincang dan mengetahui filem itu ada unsur seks, saya menolaknya. Tak kisahlah kalau saya tak dapat tawaran berlakon kalau tawarannya sebegitu," kata Indra kepada Mangga Online semasa ditemui di Jakarta baru-baru ini.
ZoOm : Kalau boleh si pengarah, penerbit dan siapa-siapa sahaja yang terbabit sehingga  adanya lakonan atau aksi panas. Apa pula Kata Anda di ZoOmartis ?Posted byAdminat11:21 AM

Konsert "Triple Malaysia In Concert " Bermula Mac Depan

Satu lagi konsert yang diatur untuk peminat irama rock di luar sana kerana ada pihak yang akan menampilkan beberapa kumpulan rocak bersama masyarakat di luar sana. Konsert yang menampilkan kumpulan May, Amuk dan juga XPDC akan bermula di Dataran Masyarakat Gemenceh, Negeri Sembilan.


Kutipan Filem Khurafat 7 Juta Sehingga Semalam !!!

PETALING JAYA: Kutipan filem Khurafat – Perjanjian Syaitan yang mencecah RM7 juta sehingga Selasa membuatkan pengarah Syamsul Yusof merancang untuk mengarah filem Khurafat 2 pada tahun ini.
Dengan kejayaan sambutan filem tersebut sejak ditayangkan di pawagam pada 13 Januari lalu, Syamsul sudah dapat menarik nafas lega dan mula lena tidur.
Kutipan filem tersebut telah melepasi kos produksi sebanyak RM1.7 juta.


zOoM : tAHNIAH Syamsul !!! Apa kata anda yang dah menonton filem ini ?


Posted byAdminat11:35 PM

Filem seram The Rite atasi No Strings Attached

Marta Gastini dirasuk
LOS ANGELES 31 Jan. - Filem seram penghalau hantu The Rite lakonan Anthony Hopkins mengungguli carta box office Amerika Utara hujung minggu lalu dengan kutipan AS$15 juta (RM46.5 juta).
Ditayangkan kira-kira di 3,000 pawagam, filem itu berjaya menempatkan diri di tangga teratas carta walaupun mendapat ulasan negatif pengkritik.


Filem romantik No Strings Attached lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher jatuh ke tangga kedua setelah sekadar mengumpul jualan tiket AS$13.7 juta (RM42.47 juta).
Filem aksi The Green Hornet dan The Mechanic seri di tempat ketiga dengan kutipan sama sebanyak AS$11.5 juta (RM36 juta).


Trailer : 



Posted byAdminat12:23 AM

Artis Indonesia : Dewi Persik dan Julia Perez Bergaduh !

JAKARTA: Perselisihan faham antara Dewi Persik(gambar)dengan Julia Perez di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Karawang menimbulkan polemik yang cukup panjang.
Dewi Persik turut dikatakan tidak profesional oleh pengurusnya sendiri.


Pengurusnya Shangker tidak bersetuju dengan sikap Dewi Persik yang terlalu membesar-besarkan masalah kecil.


“Perkelahian ketika saat adegan pergaduhan adalah perkara biasa, dia seperti seorang yang tidak profesional kerana membesar-besarkan perkara itu,” katanya.
Ketika adegan pergaduhan Dewi Persik dan Julia Perez, Shanker berusaha mendamaikannya, namun Dewi membawa perkara itu dengan melaporkan kepada pihak polis serta memanggil wartawan.


“Pada saya sikap Dewi ini hanya memalukan dirinya sendiri, padahal perkara kecil ini boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.



Info : Mstar


ZoOm : Lantak la...Tapi teruk juga artis-artis yang terkenal dengan keseksian di seberang ni...!!Posted byAdminat12:54 AM

Salman Khan Dibaling Batu di Jepun !!

Nak buat macam mana dah engkau "Book" taman yang popular di jepun selama tiga hari buat apa, sudah tentulah penduduk dan pengunjung yang ingin melawat marah. Inilah yang berlaku kepada Salman Khan ketika penggambaran filem "Bodyguard" di Taman "Pune Okayama Friendship Garden", Jepun ini telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar apabila taman tersebut ditutup kerana penggambaran berlangsung.


ZoOm : Nasiblah Salman dan masuk kandang Harimau kenalah mengaum jangan mengembekkkk dah :)...Apa kata anda di ZOOmartis?Posted byAdminat1:43 PM

Uptown Kelana Jaya Kini Dibuka Isnin Hingga Ahad ( Rabu Tutup )

Jika anda berminat untuk membeli belah pada waktu malam inilah masanya kerana kini satu lagi UPTOWN di buka di Kelana Jaya bersebelahan Stadium. Ada pelbagai barangan yang sudah tentu mencuit hati anda untuk melihat dan membeli disamping harga yang murah dan beraneka pilihan.
Dan "Maps" boleh ikut gambar yang ZoOm sertakan dalam "Post" hari ini..

Yusry KRU Nafi Bercinta Dengan Maya Tetapi Masih Mencari Wanita Lain !!

Lama juga gossip mengenai kisah Maya Karin dan Yusry ni, satu persatu topic yang dibincangkan dimana-mana sumber pasti tidak akan terlepas membicarakannya. Dan yang terbaru Yusry tampil menjawap gossip mengenai beliau bercinta dengan Maya Karin. 


Yusry menafikan beliau bercinta dengan Maya Karin, dan dalam "Statement" baru-baru ini beliau tampil dengan jawapan dan luahan berikut menafikan kisah percintaannya dengan primadona Maya Karin :) 


Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.


Jelas Yusry, antara mereka berdua tidak mungkin terjalin sesuatu yang intim kerana hubungan tersebut telah pun melewati sempadan usia yang terlalu lama hinggakan tak mungkin terbit rasa sayang di hati masing-masing.
"Kami sudah berkawan terlalu lama hampir 10 tahun, jadi dia (Maya) memang kawan baik saya. Tak mungkin timbul rasa sayang atau cinta kerana kami tahu hati masing-masing. Saya selesa berkawan dengan dia dan saya yakin dia juga merasai apa yang saya rasa. Kami sudah serasi sebagai kawan sahaja," katanya membuka bicara mengenai cinta dan perasaannya terhadap wanita.
Tidak pernah menutup pintu hatinya terhadap ikatan perkahwinan, jauh sekali menjadikan kesibukkan sebagai alasan untuk hidup bersendirian, kata peminat kumpulan lagenda The Beatles ini, sepanjang bergelar duda, sudah beberapa kali dia cuba menjalinkan hubungan cinta namun semuanya putus di tengah jalan.
"Sebenarnya ramai yang tak tahu, sejak solo sudah beberapa kali bercinta tapi semuanya tak menjadi. Ramai yang tak tahu sebab ketika saya bercinta itu wanita berkenaan bukanlah selebriti jadi orang tak perasaan.
"Jadi ketika dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan apabila tak berjaya, saya menerima keadaan itu dan saya akan terus mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup," katanya yang tidak pernah meletakan sebarang syarat mahupun kriteria tertentu kepada wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Berkongsi cerita jelas Yusry, dia tidak kisah wanita mana yang akan singgah di hatinya, namun mengakui wanita muda lebih berani mencuba mencari cintanya.
"Saya ini pemalu, jadi takut di reject apabila orang bagi hint pada saya baru saya berani nak mengambil langkah seterusnya. Saya tak kisah wanita itu solo ke, janda ke atau berusia asal yang dapat menerima saya sudah memadai. Tapi apa yang dapat saya lihat sekarang, ramai wanita muda yang berani mencuba 'tackle' saya. Jauh lebih muda dari saya lebih kurang macam umur 20-an. Malah bekas teman wanita saya dulu pun baru berusia 21 tahun," katanya yang baru sahaja putus cinta tahun lalu.Posted byAdminat2:29 PM

Adakah Nash Tetap Di Saman Oleh Rita Anak Arwah Sosilawati ?

Kalau ZoOm baik selesaikan cara baik je, yang baik kita simpan dan yang buruk kita buang..bak kata pepatah "Air yang Dicincang Tak Akan Putus". Tapi itu semua terpulanglah pada empunya diri nak teruskan ke tak sebab ia adalah masalah keluarga.


Dan berikut "Statement" daripada Akhbar Onlline mengenai DILEMA anak Arwah Sosilawati untuk teruskan atau tidak kes sama bekas Ayah tirinya yakni Abang Nash kita.


Facebook Abby Fana Sinar FM Kena Hack !!

Pagi tadi semasa keluar minum pagi ZoOm terdengar Abby Fana bercerita mengenai akaun Facebook beliau yang disalah guna oleh orang lain yang berjaya mengodam akaun facebook Abby Fana.

Sekarang ini zaman yang moden dan canggih malah manusia dimuka bumi ini pun semakin cilik pandai dengan sistem komputer yang pada mulanya hanya segelintir sahaja yang mampu memecahkan kod dan program dalam komputer.

Bagi ZOOm salah satu sebab Facebook pernah kecoh nak tutup mungkin kerana fungsi Facebook yang mudah diceroboh kot..

ZoOm : Apa Kata Anda ?Posted byAdminat11:38 PM

JOkes : The difference between COMPLETE and FINISHED

The  difference between COMPLETE and FINISHED

People say there is no difference between COMPLETE & FINISHED...

But there is.

When you marry the right one, you are COMPLETE...

And when you marry the wrong one, you are FINISHED...

And when the right one catches you with the wrong one,you  are... COMPLETELY FINISHED.



LMFAO

[STORY] Boxing Time !!

"Help me, doctor", pleaded a man to his doctor desperately.

"Every night I dream that I am boxing".

"And do you wake up in the morning feeling all beaten up?" inquired his doctor.

"Not me doctor", the man replied helplessly. "Just my wife".

Ingin Berniaga di Uptown Kelana Jaya !!!?


mercial/Industrial For RentCommercial type: Retail SpaceRental price: RM 350/monthSize: 8 sq.ft.Local area: Kelana JayaKepada semua usahawan-usahawan yang ingin merebut peluang di bazar ini, sila hubungi penama di bawah untuk keterangan lanjut

1) En Rahman 019 3010441
2) En Noh 019 3070676
3) En Badrul 012 9430294
4) En Hafifudin 012 6275937

Butiran

1) Kanopi 8x8
2) Pengurusan Sampah
3) ElektrikPosted byAdminat9:28 PM

Berita Panas : Minyak RON95 Naik Lagi !!

Kuala Lumpur, 6 Jan 2011 – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.40 seliter, manakala RON95 pula naik 5 sen. 

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat secara terpencil di dada akhbar. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak
berhari hari lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya mencapai azam saya iaitu hidup serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Pemuda yang mahu dikenali dengan nama Syah Syamsiri , 38, yang bekerja di syarikat komunikasi berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Dengan ini saya dapat mengurangkan aktiviti merempit di sebelah malam. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup prihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En.Tomok New Boys , 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer..”

Wartawan kami juga sempat menemubual seorang gadis yang sedang berjalan kaki melintas stesyen minyak tentang pendapat beliau mengenai kenaikan harga minyak RON97. Gadis tersebut Scha Al Yaya,berkata “Bagus la bang minyak naik, nanti harga barangan lain pun naik, ikan naik harga, ayam pun naik harga, ni bawang merah pun dah naik harga. Jadi saya boleh berdiet bang. Bolehlah lepas ni saya pakai baju fesyen-fesyen, ehmm RON tu nickname nama Badron kan bang? Tentu dia hensem…”

Untuk melengkapkan artikel biar dapat panjang sikit space di akhbar kami, wartawan kami sempat juga menemubual seorang kanak-kanak lelaki ,Safee Sali yang sedang mengepam tayar basikalnya di stesyen minyak yang sama. “Minyak mana boleh naik bro… kan kalau pam minyak tu turun masuk dalam tangki kereta…”

Wartawan sempat juga menemubual pam attendan stesyen minyak tersebut, “minyak naik pun gaji sama juga encik..tak naik pun”

Fasha Sandha Tempat Pertama Dalam Carian Google !!

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.

"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! disini semalam.



Info : Kosmo / Forum


Zoom : Memang dah agak dah sebab dalam blog ZoOm pun Cerita Fasha dalam statistic memang tinggi setiap hari. Nak buat macam mana sebab dialah artis paling meletup dengan konterversi selama ZoOm belum menjadi penulis blog lagi. Apa pula pendapat anda !!!?Posted byAdminat1:39 AM

Mohd Juara Mentor Belum Terima Hadiah RM100 Ribu !

Dia belum lagi menerima wang tersebut kerana berhadapan dengan kerenah prosedur dari badan yang sekarang memegang wang tersebut, iaitu Amanah Raya.

Mohd mengalami kesukaran mengambil wang itu kerana ibunya yang juga dinamakan sebagai pemilik bersama wang itu meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan wang itu terpaksa dikategorikan sebagai harta pusaka.

Mohd juga berharap pihak yang berwajib akan menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan memahami situasi dirinya sekarang.
Apabila ditanya tentang perancangannya wang tersebut, Mohd menyatakan dia mahu menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat modal perniagaan runcit di sebuah lokasi ibu kota.


Info : Mstar


ZooM : kesiannya kenapalah susah sangat nak keluarkan duit dari Amanah Raya ni, dan untuk makluman bukan Mohd je yang menghadapi apabila berurusan dengan Amanah Raya, terutamanya jika seseorang pemilik itu telah meninggal dunia. Nak buat macam mana dah prosidur dia macam tu kita ikut je sebab pengguna tetapi Amanah Raya kena ubah konsep sedikit bagi mengelakkan terlalui banyak prosidur yang kena ikuti jika ingin mengeluarkan harta/duit.



Semoga Mohd berjaya mengeluarkan duit daripada Amanah Raya dan seterusnya membuka peluang perniagaan bagi beliau..Posted byAdminat1:51 AM