Pemasangan Pakej Unifi Percuma Telekom Sehingga 31 Mac 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa kos pemasangan UniFi secara PERCUMA akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011!
Melalui promosi ini, semua pelanggan baru UniFi akan menikmati penjimatan caj pemasangan yang berjumlah sebanyak RM200. Promosi ini merangkumi semua pakej Unifi VIP dan juga BIZ.


Mereka yang berminat boleh mendaftar di mana–mana cawangan TMpoint di kawasan yang mempunyai perkhidmatan UniFi, ejen Jualan TM yang dilantik dan juga melalui portal “online” di pautan https://occ.unifi.my/


Harap maklum bahawa ini bukanlah Pakej UniFi yang khusus untuk anggota TM. Pakej UniFi khusus untuk anggota TM akan diumumkan kelak.
Pengumuman mengenai promosi ini telah pun dibuat menerusi laman web dan iklan TV sejak 1 Januari 2011.Oleh itu, anda boleh memaklumkan perkara ini kepada keluarga, sahabat handai dan juga pelanggan kita.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang pakej – pakej UniFi, sila layari http://www.unifi.my

View the original article here

Apakah Erti Maulidur Rasul ? Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 2011

Assalamua'laikum. Abaikan hari Valentine's Day, sambutlah hari Maulidur Rasul. Terasa diri ni jauh dari kehidupan sebenar. Tekad untuk berubah tu memang ada, dan sekarang ni lah masa nya untuk mengubah segala-galanya. Tak perlu tunggu esok atau lusa, sebab mati tak mengenal usia. So, Hari  ini ZoOm nak berpesan-pesan sesama umatnya agar menghindari daripada menyambut hari yang diharamkan dan marilah kita dengan penuhi hari ini dengan menghayati apa erti HARI MAULIDUR RASUL !!
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.Dihari yang mulia ni mari kita perbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

View the original article here

Ifa Raziah Maafkan Orang Yang Menghina Dirinya, Motif?

Ceritanya, Ifa Raziah sebentar tadi telah mengumumkan bahawa dia telah memaafkan segala kejian & hinaan yang dilemparkan kepadanya. Okay, kami lihat dari aspek Ifa, memang satu langkah yang baik.

Tapi lain pula cerita, adakah Ifa Raziah meminta maaf daripada orang-orang yang telah dikejinya? Rakan media Beautifulnara melaporkan bahawa bukan sahaja Ifa Raziah menyembur Safura, malah followers Twitternya turut disembur dengan pelbagai kata-kata berunsurkan hinaan. Kami enggan cakap, anda baca, anda nilaikan.

Selebriti Malaysia Di Konsert Deftones 14 Februari Ini

Please get the tix, or you will miss the chances to meet our local celebrities. OHBULAN! difahamkan, sesi Black Carpet sempena konsert Deftones akan dihadiri oleh barisan artis yang trendy & terkemuka seperti Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Tengku Azura, Mizz Nina & tunang Noh Hujan, Nasha Aziz, Hillary Ang (Search),  Estranged, Bunkface, Pesawat, Loque Monologue & Prema.

Bukan itu sahaja, nama-nama besar juga dijangka akan hadir ke konsert Deftones seperti Amy Search, Awie (Wings), Erra Fazira, Fasha Sandha dan Scha Al-Yahya. Kemungkinan, anda berpeluang melihat sendiri kekasih terbaru Fasha Sandha, atau fesyen rock Scha & Awal Ashaari pada hari berkenaan.

Sesi Black Carpet akan bermula pada pukul 7 malam bertempat di KL Live, Kuala Lumpur. Konsert akan dibuka oleh band rock terkemuka, Love Me Butch sekitar pukul 8.30 pm sebelum pentas dijajah oleh Deftones.

Pastikan anda dapatkan tiket konsert Deftones, and enjoice to the fullest!

(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan

Kami terbaca aduan seorang pendengar stesen radio Red FM, Nadira Ilana yang tersinggung dengan stesen radio ini yang mempersendakan bahagian sulit wanita dalam temubual video bersama gadis-gadis FHM untuk pertandingan FHM

Cerita Wanita Hampir Dirogol Oleh Bangla !!

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”

Nasha Aziz Kena Rompak !!

Kenapalah kes mencuri semakin berleluasa di Malaysia ni, dan yang paling menakutkan kes ragut yang dah ramai meragut nyawa orang ramai terutamanya golongan wanita. Mungkin kerana terdesak atau pengaruh dadah memyebabkan penjenayah tersebut sanggup melakukan apa saja.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini surat khabar Kosmo diruangan hadapan menceritakan Nasha Aziz kerugian hampir RM40 Ribu  ( Duit RM 10k

Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie

kata Noraini Mohd Nasir apabila ditanya identiti wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya, Joey. Noraini memberitahu mahkamah untuk kes permohonan lafaz cerai terhadap Joey.

Noraini menceritakan kronologi kes penceraian yang bermula daripada perbincangan di luar rumah. Al-kisahnya, Joey pulang ke rumah bersama Acong pada 4 Jun 2010. Ketika berbincang di luar rumah, Joey menyatakan hasrat untuk menceraikan dirinya, namun dia terus masuk ke dalam rumah.

Acong kemudiannya memberitahu Noraini bahawa lafaz cerai yang disebutkan oleh Joey memang jelas maksudnya. Kemudian, dia cuba menghubungi Joey, namun panggilan & SMS tidak berbalas.

Selang 4 hari kemudian, Joey pulang ke rumah dan ingin merujuk kembali dengan melafazkan kenyataan berbunyi, ‘Aku Zulkifli Daud dengan ini merujuk kembali kepada kamu, Noraini Mohd Nasir.’

Kredit berita: Berita Harian

Majlis Pernikahan Shahriza Mahmud dan Saddiq Abang Ana Raffali

 Alhamdulillah akhirnya hari bahagia Shahriza Mahmud dan Saddiq abang Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini. Jika sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai Saddiq yang melamar Shariza semasa majlis perkahwinan Wafa, dan berikut bait-bait kata insan berdua ini yang sudah pasti tersenyum dan berdebar-debar.
“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.

Majlis pernikahan akan berlangsung  pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11
ZoOm : Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat..Apa kata anda !!? Posted byAdminat8:28 PM

Gossip Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Hutan !!!

Kalau sebelum ini ZoOm pernah terbaca mengenai kisah Farid Kamil dikatakan mempunyai paras rupa yang sama dengan lakaran gambar suspek pembunuhan anak gadis yang tidak bersalah. Dan kini timbul pula cerita daripada akhbar utama yang mengatakan "Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya.
Dan berikut jawapan Farid Kamil mengenai Gossip yang DENGAN ORANG HUTAN NI !!!
"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia"Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.
ZoOm : Apa Kata Anda Mengenai Gossip Ini !!? Posted byAdminat8:41 PM

Ariel Peterpan Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun 6 Bulan !

Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.
ZoOm : Tetapi ZoOm Tahu ramai rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan hukuman ringan yang diterima oleh Ariel yang hanya dikenakan hukuman penjara 3 Tahun 6 Bulan. Kalau ini terjadi di Malaysia berapakah tahunkan hukuman yang sesuai bagi si pesalah dan si PELAKU !!

Posted byAdminat8:53 PM

Yusry KRU Bakal Menjadi Pensyarah Uitm !!

Entah betul ke tak sebab ini cuma cerita yang ZoOm dapat daripada seorang penulis blog yang bercerita dan mendapat info mengatakan Yusry KRU menerima tawaran menjadi pensyarah di Uitm. Walaupun tidak mempunyai kelulusan yang melayakkan beliau menjadi pensyarah tetapi kalau di ambil kira dengan pengalaman beliau memang layak.

ZoOm pun tak arif sangat mengenai cerita ni cukuplah sekadar berkongsi dengan anda di ZoOmartis kisah yang belum diketahui mengenai artis kita di Malaysia Khasnya.

Berikut gambar yang ZoOm sempat copy dan crop untuk anda.

Sistem MEPS di Bank Down !!

Petang tadi ZoOm ingin mengeluarkan sejumlah wang disalah satu cawangan bank yang berlainan daripada kad bank yang ZOom ada. Macam biasa ZoOm masukkan kad dan pin, namun setelah beberapa minit ZoOm terkejut kerana ada mesej yang mengatakan tranksaksi gagal.
Lepas tu bagilah peluang dekat akak kat belakang ZoOm untuk mencuba nasib sebab setahu ZOOm baki dalam akaun mencukupi daripada jumlah yang ingin ZoOm keluarkan. Tak sampai  beberapa minit akak tadi pun mengeluh dan perkataan yang keluar dari mulut akak tu, " Rosak ATM ni Dik". Dah agak dah mesti ada yang tak kena dengan ATM tu.
Nak dijadikan cerita dan ZoOm perlu keluarkan duit daripada ATM terpaksalah berjalan ke bangunan di seberang untuk mengeluarkan duit dari akaun. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah memberitahu sistem MEPS tidak dapat digunakan sejak beberapa hari dan jika ingin mengeluarkan duit daripada ATM yang sama dengan kad bank. Akhirnya dapat juga ZoOm keluarkan duit daripada bank !!! GERAM tapi nak buat macam mana kita cuma pengguna yang berharap pada sistem !!

ZoOm : Apa kata anda  yang cuba mengeluarkan duit dari ATM hari ini !!?
Posted byAdminat7:31 PM

Ibu Zila Bakarin Sedang Nazak Di Hospital Ampang

Semoga ibu Zila Bakarin akan tabah menghadapi dugaannya, walaupun berat mata memandang beratlagi bahu yang memikul penyakit yang info kahabarkan telah lama dihidapi oleh ibu Zila.

Zizie Ezette di Tahan Di Hospital Ampang Suspek Denggi !!!

Menurut isteri kepada YB Bung Mokhtar ini beliau dimasukkan ke hospital pakar Ampang isnin lalu kerana suspek denggi. Khabarnya beliau berseorangan dirumah kerana suami berada di Sabah ketika beliau tengah demam teruk, nasib baiklah ibu Zizie ada dan menghantar ke Hospital Ampang.


Zizie juga mengatakan mungkin beliau dijangkiti ketika bercuti di Filipina bersama suami tersayang yang sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai YB. 


Nak buat macam mana suami jauh dan perlu berkhimat untuk masyarakat dan Negara khasnya.


Apa-apa pun semoga sihat walafiat.Posted byAdminat11:04 AM

Artis Indonesia Indra L. Bruggman Tolak Filem Seks

Macam-macam juga cerita artis dari seberang kalau sebelum ini hukuman vokalis Peterpan iaitu Ariel dipersoalkan oleh sesetengah pihak kerana terlalu ringan. Namun bagi ZoOm ada lagi pihak diluar sana yang perlu dikenakan hukuman selain daripada si pelaku yang kantoi. 


Contohnya macam cerita artis bernama Indra daripada Indonesia ini yang khabarnya ditawarkan untuk beraksi panas dalam filem terbaru, namun beliau menolaknya. Berikut diantara "Statement" beliau ketika ditanya oleh wartawan mengenai kariernya.

"Beberapa bulan lalu saya dapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem. Setelah berbincang dan mengetahui filem itu ada unsur seks, saya menolaknya. Tak kisahlah kalau saya tak dapat tawaran berlakon kalau tawarannya sebegitu," kata Indra kepada Mangga Online semasa ditemui di Jakarta baru-baru ini.
ZoOm : Kalau boleh si pengarah, penerbit dan siapa-siapa sahaja yang terbabit sehingga  adanya lakonan atau aksi panas. Apa pula Kata Anda di ZoOmartis ?Posted byAdminat11:21 AM

Konsert "Triple Malaysia In Concert " Bermula Mac Depan

Satu lagi konsert yang diatur untuk peminat irama rock di luar sana kerana ada pihak yang akan menampilkan beberapa kumpulan rocak bersama masyarakat di luar sana. Konsert yang menampilkan kumpulan May, Amuk dan juga XPDC akan bermula di Dataran Masyarakat Gemenceh, Negeri Sembilan.


Kutipan Filem Khurafat 7 Juta Sehingga Semalam !!!

PETALING JAYA: Kutipan filem Khurafat – Perjanjian Syaitan yang mencecah RM7 juta sehingga Selasa membuatkan pengarah Syamsul Yusof merancang untuk mengarah filem Khurafat 2 pada tahun ini.
Dengan kejayaan sambutan filem tersebut sejak ditayangkan di pawagam pada 13 Januari lalu, Syamsul sudah dapat menarik nafas lega dan mula lena tidur.
Kutipan filem tersebut telah melepasi kos produksi sebanyak RM1.7 juta.


zOoM : tAHNIAH Syamsul !!! Apa kata anda yang dah menonton filem ini ?


Posted byAdminat11:35 PM

Filem seram The Rite atasi No Strings Attached

Marta Gastini dirasuk
LOS ANGELES 31 Jan. - Filem seram penghalau hantu The Rite lakonan Anthony Hopkins mengungguli carta box office Amerika Utara hujung minggu lalu dengan kutipan AS$15 juta (RM46.5 juta).
Ditayangkan kira-kira di 3,000 pawagam, filem itu berjaya menempatkan diri di tangga teratas carta walaupun mendapat ulasan negatif pengkritik.


Filem romantik No Strings Attached lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher jatuh ke tangga kedua setelah sekadar mengumpul jualan tiket AS$13.7 juta (RM42.47 juta).
Filem aksi The Green Hornet dan The Mechanic seri di tempat ketiga dengan kutipan sama sebanyak AS$11.5 juta (RM36 juta).


Trailer : 



Posted byAdminat12:23 AM

Artis Indonesia : Dewi Persik dan Julia Perez Bergaduh !

JAKARTA: Perselisihan faham antara Dewi Persik(gambar)dengan Julia Perez di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Karawang menimbulkan polemik yang cukup panjang.
Dewi Persik turut dikatakan tidak profesional oleh pengurusnya sendiri.


Pengurusnya Shangker tidak bersetuju dengan sikap Dewi Persik yang terlalu membesar-besarkan masalah kecil.


“Perkelahian ketika saat adegan pergaduhan adalah perkara biasa, dia seperti seorang yang tidak profesional kerana membesar-besarkan perkara itu,” katanya.
Ketika adegan pergaduhan Dewi Persik dan Julia Perez, Shanker berusaha mendamaikannya, namun Dewi membawa perkara itu dengan melaporkan kepada pihak polis serta memanggil wartawan.


“Pada saya sikap Dewi ini hanya memalukan dirinya sendiri, padahal perkara kecil ini boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.



Info : Mstar


ZoOm : Lantak la...Tapi teruk juga artis-artis yang terkenal dengan keseksian di seberang ni...!!Posted byAdminat12:54 AM