Ifa Raziah Maafkan Orang Yang Menghina Dirinya, Motif?

Ceritanya, Ifa Raziah sebentar tadi telah mengumumkan bahawa dia telah memaafkan segala kejian & hinaan yang dilemparkan kepadanya. Okay, kami lihat dari aspek Ifa, memang satu langkah yang baik.

Tapi lain pula cerita, adakah Ifa Raziah meminta maaf daripada orang-orang yang telah dikejinya? Rakan media Beautifulnara melaporkan bahawa bukan sahaja Ifa Raziah menyembur Safura, malah followers Twitternya turut disembur dengan pelbagai kata-kata berunsurkan hinaan. Kami enggan cakap, anda baca, anda nilaikan.

Selebriti Malaysia Di Konsert Deftones 14 Februari Ini

Please get the tix, or you will miss the chances to meet our local celebrities. OHBULAN! difahamkan, sesi Black Carpet sempena konsert Deftones akan dihadiri oleh barisan artis yang trendy & terkemuka seperti Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Tengku Azura, Mizz Nina & tunang Noh Hujan, Nasha Aziz, Hillary Ang (Search),  Estranged, Bunkface, Pesawat, Loque Monologue & Prema.

Bukan itu sahaja, nama-nama besar juga dijangka akan hadir ke konsert Deftones seperti Amy Search, Awie (Wings), Erra Fazira, Fasha Sandha dan Scha Al-Yahya. Kemungkinan, anda berpeluang melihat sendiri kekasih terbaru Fasha Sandha, atau fesyen rock Scha & Awal Ashaari pada hari berkenaan.

Sesi Black Carpet akan bermula pada pukul 7 malam bertempat di KL Live, Kuala Lumpur. Konsert akan dibuka oleh band rock terkemuka, Love Me Butch sekitar pukul 8.30 pm sebelum pentas dijajah oleh Deftones.

Pastikan anda dapatkan tiket konsert Deftones, and enjoice to the fullest!

(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan

Kami terbaca aduan seorang pendengar stesen radio Red FM, Nadira Ilana yang tersinggung dengan stesen radio ini yang mempersendakan bahagian sulit wanita dalam temubual video bersama gadis-gadis FHM untuk pertandingan FHM

Cerita Wanita Hampir Dirogol Oleh Bangla !!

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”

Nasha Aziz Kena Rompak !!

Kenapalah kes mencuri semakin berleluasa di Malaysia ni, dan yang paling menakutkan kes ragut yang dah ramai meragut nyawa orang ramai terutamanya golongan wanita. Mungkin kerana terdesak atau pengaruh dadah memyebabkan penjenayah tersebut sanggup melakukan apa saja.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini surat khabar Kosmo diruangan hadapan menceritakan Nasha Aziz kerugian hampir RM40 Ribu  ( Duit RM 10k

Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie

kata Noraini Mohd Nasir apabila ditanya identiti wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya, Joey. Noraini memberitahu mahkamah untuk kes permohonan lafaz cerai terhadap Joey.

Noraini menceritakan kronologi kes penceraian yang bermula daripada perbincangan di luar rumah. Al-kisahnya, Joey pulang ke rumah bersama Acong pada 4 Jun 2010. Ketika berbincang di luar rumah, Joey menyatakan hasrat untuk menceraikan dirinya, namun dia terus masuk ke dalam rumah.

Acong kemudiannya memberitahu Noraini bahawa lafaz cerai yang disebutkan oleh Joey memang jelas maksudnya. Kemudian, dia cuba menghubungi Joey, namun panggilan & SMS tidak berbalas.

Selang 4 hari kemudian, Joey pulang ke rumah dan ingin merujuk kembali dengan melafazkan kenyataan berbunyi, ‘Aku Zulkifli Daud dengan ini merujuk kembali kepada kamu, Noraini Mohd Nasir.’

Kredit berita: Berita Harian

Majlis Pernikahan Shahriza Mahmud dan Saddiq Abang Ana Raffali

 Alhamdulillah akhirnya hari bahagia Shahriza Mahmud dan Saddiq abang Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini. Jika sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai Saddiq yang melamar Shariza semasa majlis perkahwinan Wafa, dan berikut bait-bait kata insan berdua ini yang sudah pasti tersenyum dan berdebar-debar.
“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.

Majlis pernikahan akan berlangsung  pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11
ZoOm : Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat..Apa kata anda !!? Posted byAdminat8:28 PM