Gambar HD Aisya Hasnaa, Penyanyi Jazz Smoking Hot!

Pertama kali kami mengenali kelibat Aisya Hasnaa melalui akhbar Kosmo yang disiarkan sekitar minggu lepas. Wanita ini masih muda & cantik bergaya, dikurniakan suara enak yang mampu membawa lagu berentak jazz & Rnb. OHBULAN! difahamkan, Aisya Hasnaa yang berumur sekitar lingkungan 20-an sedang melanjutkan pelajarannya di Sunway College. Walaupun Aisya Hasnaa adalah nama baru, tetapi dia telah pun berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak berumur 14 tahun.

Sebaik sahaja tamat sekolah menengah, Aisya Hasnaa telah merancang untuk serius dalam bidang nyanyian dan kini dia baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Lagu Mahu Kamu. Aisya Hasnaa bernasib baik apabila diberikan kepercayaan untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Wake The Baby, yang dimiliki oleh komposer popular, Ajai.

OHBULAN! dimaklumkan oleh Aisya Hasnaa bahawa dia akan bersama-sama Ilyka, Riz AF & Sani Mentor terbang ke negeri Sarawak bagi meraikan penerbangan sulung Firefly pada Sabtu ini, 15 hb dan dijangka balik ke semenanjung pada 18 hb. Kami akan paparkan temubual eksklusif bersama penyanyi berbakat ini sekembalinya dia daripada jelajah promosi.

Namun, kami sempat bertanyakan kepada Aisya Hasnaa satu soalan yang agak agresif berbunyi, “Aisya, you ada boyfriend ke tak” Aisya membalas dengan bersahaja, “Kalau ada boyfriend nanti I bagitau u. Tak leh la, busy sekarang tiada masa untuk orang lain.”

Enjoice gambar Aisya Hasnaa dalam versi HD yang bisa membuatkan anda jatuh cinta selepas ini.

0 comments:

Post a Comment