Nabil Raja Lawak Tidak Tersenarai Dalam Konsert Lawak?

Stress bekerja & berada di Johor Bahru? Memang kau, dan kau bertuah kerana julung kalinya Astro Warna akan membawa 26 pelawak terkenal tanah air untuk konsert lawak terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, Konsert Lawak. Konsert ini akan menampilkan gabungan pelawak veteran & baru seperti Dato Aziz Satar, Saiful Apek, Yassin Senario, Bob Kuman, Pi’ee, Maidin, Sathiya, Abon, Os, Radhi Khalid, Sobri AC, Farouk Hussein, Hamid Gurkha, Accapan, Angeline Tan, Enot, Didie Alias, Amyza Aznan, Sharifah Shahora, Syanie, Sepah, Kecik, Idlan, Azrul dan Taukeh.

Dihoskan oleh pasangan Jozan (Johan & Zizan), anda sudah dapat mengagak yang mereka bakal memecahkan perut anda dengan jenaka yang gila-gila. Terutamanya Johan yang terkenal dengan aksi dia meniru gaya selebriti lain seperti Eric Leong, Dr. Fadzilah Kamsah, & Chef Wan. Tonton sahaja babak sengal Johan dalam drama Chapalrela, anda akan faham maksud kami.

Turut membuat penampilan istimewa dalam konsert yang pertama kali seumpamanya diadakan di negara ini adalah lagenda rock Amy Search disamping Adibah Noor, Fabulous Cat dan Rahmat Mega. Konsert ini akan diadakan pada 22 Januari 2011 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) mulai pukul 6 pm. Yang penting, kemasukan adalah percuma!

Namun, ada sedikit kegelisahan di hati kami apabila Nabil Raja Lawak tiada dalam senarai barisan penghibur sempena Konsert Lawak ini. Tak mungkin disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda Nabil menyebabkan dia berkecil hati lantas mahu menghilangkan diri, kan?

Agaknya apa’lah sebab Nabil tidak dibawa bersama, ye? Busy dengan awek pramugari ke?

0 comments:

Post a Comment