Gambar Kekasih Nabil Raja Lawak Yang Sebenar
Apa Kata anda ?
Cerita Lawak : Kisah Cikgu Sejarah Dan Muridnya
Bosan sgt ker sejarah nih. "Murid-murid, ari nih kita belajar kesultanan melayu melaka yer. semua kuarkan buku teks sejarah halaman 100.2". " Baiiikkkkk cikgu." masing-masing jawab pn xikhlas jer. huhu.. sedey tul aku. Xper.. xper.. sket lagi kena la korunk. So, aku pn mulakan la pelajaran hari ni.
Seperti dijangka, si abu dah bnyak kali menguap. Then aku masuk bab hulubalang melaka " Kalau kamu semua pandai, melaka ade berapa hulu balang yang terkenal " baik punya soalan aku kasik.
Tiba-tiba abu dgn cerdasnya menjawab " Ek eleh cikgu nih, soalan punya senang camnih budak darjah 1 pn tahu, ade 5 la cikgu.. hahaha. mudah sungguh". Ceh, berlagak ko abu. " tue la kamu, yang dalam buku tue mmg hanya nyatakan 5 sahaja, yang sebenarnya ada 7 org" aku balas. Abu xpuas hati "Ish, cikgu biar betul..
Hang tuah, Hang jebat, Hang lekir, Hang lekui dan Hang kasturi. sape lagi 2 cikgu?". " Hang tanya, Hang Bodo" haaa.. tue la lagi dua. hehehe..
ZoOm : hahahaha jahat giler jawapan :)
Nabil Raja Lawak Tidak Tersenarai Dalam Konsert Lawak?
Stress bekerja & berada di Johor Bahru? Memang kau, dan kau bertuah kerana julung kalinya Astro Warna akan membawa 26 pelawak terkenal tanah air untuk konsert lawak terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, Konsert Lawak. Konsert ini akan menampilkan gabungan pelawak veteran & baru seperti Dato Aziz Satar, Saiful Apek, Yassin Senario, Bob Kuman, Pi’ee, Maidin, Sathiya, Abon, Os, Radhi Khalid, Sobri AC, Farouk Hussein, Hamid Gurkha, Accapan, Angeline Tan, Enot, Didie Alias, Amyza Aznan, Sharifah Shahora, Syanie, Sepah, Kecik, Idlan, Azrul dan Taukeh.
Dihoskan oleh pasangan Jozan (Johan & Zizan), anda sudah dapat mengagak yang mereka bakal memecahkan perut anda dengan jenaka yang gila-gila. Terutamanya Johan yang terkenal dengan aksi dia meniru gaya selebriti lain seperti Eric Leong, Dr. Fadzilah Kamsah, & Chef Wan. Tonton sahaja babak sengal Johan dalam drama Chapalrela, anda akan faham maksud kami.
Turut membuat penampilan istimewa dalam konsert yang pertama kali seumpamanya diadakan di negara ini adalah lagenda rock Amy Search disamping Adibah Noor, Fabulous Cat dan Rahmat Mega. Konsert ini akan diadakan pada 22 Januari 2011 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) mulai pukul 6 pm. Yang penting, kemasukan adalah percuma!
Namun, ada sedikit kegelisahan di hati kami apabila Nabil Raja Lawak tiada dalam senarai barisan penghibur sempena Konsert Lawak ini. Tak mungkin disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda Nabil menyebabkan dia berkecil hati lantas mahu menghilangkan diri, kan?
Agaknya apa’lah sebab Nabil tidak dibawa bersama, ye? Busy dengan awek pramugari ke?
Aznil Nawawi Maafkan Zizan Raja Lawak Atas Keterlanjuran Kata
Mujur, Aznil Nawawi akhirnya memaafkan Zizan Raja Lawak atas keterlanjuran katanya yang kami paparkan dalam entri Aznil Nawawi Bengang Bila Zizan Melawak Guna Nama Bapa sekitar pukul 3.47 am, pagi tadi.
Mesej Aznil Nawawi mungkin pendek, namun cukup untuk melegakan hati Zizan yang gundah gulana dilanda perasaan bersalah ekoran terlajak kata. Aznil dalam tweetnya berkata, “Semua org buat silap. Adik Paknil bernama Zizan x tkecuali. Paknil pun pernah buat silap n org maafkan Paknil. Paknil maafkan Zizan.”
