Pemasangan Pakej Unifi Percuma Telekom Sehingga 31 Mac 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa kos pemasangan UniFi secara PERCUMA akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011!
Melalui promosi ini, semua pelanggan baru UniFi akan menikmati penjimatan caj pemasangan yang berjumlah sebanyak RM200. Promosi ini merangkumi semua pakej Unifi VIP dan juga BIZ.


Mereka yang berminat boleh mendaftar di mana–mana cawangan TMpoint di kawasan yang mempunyai perkhidmatan UniFi, ejen Jualan TM yang dilantik dan juga melalui portal “online” di pautan https://occ.unifi.my/


Harap maklum bahawa ini bukanlah Pakej UniFi yang khusus untuk anggota TM. Pakej UniFi khusus untuk anggota TM akan diumumkan kelak.
Pengumuman mengenai promosi ini telah pun dibuat menerusi laman web dan iklan TV sejak 1 Januari 2011.Oleh itu, anda boleh memaklumkan perkara ini kepada keluarga, sahabat handai dan juga pelanggan kita.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang pakej – pakej UniFi, sila layari http://www.unifi.my

View the original article here

Apakah Erti Maulidur Rasul ? Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 2011

Assalamua'laikum. Abaikan hari Valentine's Day, sambutlah hari Maulidur Rasul. Terasa diri ni jauh dari kehidupan sebenar. Tekad untuk berubah tu memang ada, dan sekarang ni lah masa nya untuk mengubah segala-galanya. Tak perlu tunggu esok atau lusa, sebab mati tak mengenal usia. So, Hari  ini ZoOm nak berpesan-pesan sesama umatnya agar menghindari daripada menyambut hari yang diharamkan dan marilah kita dengan penuhi hari ini dengan menghayati apa erti HARI MAULIDUR RASUL !!
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.Dihari yang mulia ni mari kita perbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

View the original article here

Ifa Raziah Maafkan Orang Yang Menghina Dirinya, Motif?

Ceritanya, Ifa Raziah sebentar tadi telah mengumumkan bahawa dia telah memaafkan segala kejian & hinaan yang dilemparkan kepadanya. Okay, kami lihat dari aspek Ifa, memang satu langkah yang baik.

Tapi lain pula cerita, adakah Ifa Raziah meminta maaf daripada orang-orang yang telah dikejinya? Rakan media Beautifulnara melaporkan bahawa bukan sahaja Ifa Raziah menyembur Safura, malah followers Twitternya turut disembur dengan pelbagai kata-kata berunsurkan hinaan. Kami enggan cakap, anda baca, anda nilaikan.

Selebriti Malaysia Di Konsert Deftones 14 Februari Ini

Please get the tix, or you will miss the chances to meet our local celebrities. OHBULAN! difahamkan, sesi Black Carpet sempena konsert Deftones akan dihadiri oleh barisan artis yang trendy & terkemuka seperti Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Tengku Azura, Mizz Nina & tunang Noh Hujan, Nasha Aziz, Hillary Ang (Search),  Estranged, Bunkface, Pesawat, Loque Monologue & Prema.

Bukan itu sahaja, nama-nama besar juga dijangka akan hadir ke konsert Deftones seperti Amy Search, Awie (Wings), Erra Fazira, Fasha Sandha dan Scha Al-Yahya. Kemungkinan, anda berpeluang melihat sendiri kekasih terbaru Fasha Sandha, atau fesyen rock Scha & Awal Ashaari pada hari berkenaan.

Sesi Black Carpet akan bermula pada pukul 7 malam bertempat di KL Live, Kuala Lumpur. Konsert akan dibuka oleh band rock terkemuka, Love Me Butch sekitar pukul 8.30 pm sebelum pentas dijajah oleh Deftones.

Pastikan anda dapatkan tiket konsert Deftones, and enjoice to the fullest!

(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan

Kami terbaca aduan seorang pendengar stesen radio Red FM, Nadira Ilana yang tersinggung dengan stesen radio ini yang mempersendakan bahagian sulit wanita dalam temubual video bersama gadis-gadis FHM untuk pertandingan FHM

Cerita Wanita Hampir Dirogol Oleh Bangla !!

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”

Nasha Aziz Kena Rompak !!

Kenapalah kes mencuri semakin berleluasa di Malaysia ni, dan yang paling menakutkan kes ragut yang dah ramai meragut nyawa orang ramai terutamanya golongan wanita. Mungkin kerana terdesak atau pengaruh dadah memyebabkan penjenayah tersebut sanggup melakukan apa saja.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini surat khabar Kosmo diruangan hadapan menceritakan Nasha Aziz kerugian hampir RM40 Ribu  ( Duit RM 10k

Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie

kata Noraini Mohd Nasir apabila ditanya identiti wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya, Joey. Noraini memberitahu mahkamah untuk kes permohonan lafaz cerai terhadap Joey.

Noraini menceritakan kronologi kes penceraian yang bermula daripada perbincangan di luar rumah. Al-kisahnya, Joey pulang ke rumah bersama Acong pada 4 Jun 2010. Ketika berbincang di luar rumah, Joey menyatakan hasrat untuk menceraikan dirinya, namun dia terus masuk ke dalam rumah.

Acong kemudiannya memberitahu Noraini bahawa lafaz cerai yang disebutkan oleh Joey memang jelas maksudnya. Kemudian, dia cuba menghubungi Joey, namun panggilan & SMS tidak berbalas.

Selang 4 hari kemudian, Joey pulang ke rumah dan ingin merujuk kembali dengan melafazkan kenyataan berbunyi, ‘Aku Zulkifli Daud dengan ini merujuk kembali kepada kamu, Noraini Mohd Nasir.’

Kredit berita: Berita Harian

Majlis Pernikahan Shahriza Mahmud dan Saddiq Abang Ana Raffali

 Alhamdulillah akhirnya hari bahagia Shahriza Mahmud dan Saddiq abang Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini. Jika sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai Saddiq yang melamar Shariza semasa majlis perkahwinan Wafa, dan berikut bait-bait kata insan berdua ini yang sudah pasti tersenyum dan berdebar-debar.
“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.

Majlis pernikahan akan berlangsung  pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11
ZoOm : Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat..Apa kata anda !!? Posted byAdminat8:28 PM

Gossip Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Hutan !!!

Kalau sebelum ini ZoOm pernah terbaca mengenai kisah Farid Kamil dikatakan mempunyai paras rupa yang sama dengan lakaran gambar suspek pembunuhan anak gadis yang tidak bersalah. Dan kini timbul pula cerita daripada akhbar utama yang mengatakan "Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya.
Dan berikut jawapan Farid Kamil mengenai Gossip yang DENGAN ORANG HUTAN NI !!!
"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia"Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.
ZoOm : Apa Kata Anda Mengenai Gossip Ini !!? Posted byAdminat8:41 PM

Ariel Peterpan Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun 6 Bulan !

Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.
ZoOm : Tetapi ZoOm Tahu ramai rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan hukuman ringan yang diterima oleh Ariel yang hanya dikenakan hukuman penjara 3 Tahun 6 Bulan. Kalau ini terjadi di Malaysia berapakah tahunkan hukuman yang sesuai bagi si pesalah dan si PELAKU !!

Posted byAdminat8:53 PM

Yusry KRU Bakal Menjadi Pensyarah Uitm !!

Entah betul ke tak sebab ini cuma cerita yang ZoOm dapat daripada seorang penulis blog yang bercerita dan mendapat info mengatakan Yusry KRU menerima tawaran menjadi pensyarah di Uitm. Walaupun tidak mempunyai kelulusan yang melayakkan beliau menjadi pensyarah tetapi kalau di ambil kira dengan pengalaman beliau memang layak.

ZoOm pun tak arif sangat mengenai cerita ni cukuplah sekadar berkongsi dengan anda di ZoOmartis kisah yang belum diketahui mengenai artis kita di Malaysia Khasnya.

Berikut gambar yang ZoOm sempat copy dan crop untuk anda.

Sistem MEPS di Bank Down !!

Petang tadi ZoOm ingin mengeluarkan sejumlah wang disalah satu cawangan bank yang berlainan daripada kad bank yang ZOom ada. Macam biasa ZoOm masukkan kad dan pin, namun setelah beberapa minit ZoOm terkejut kerana ada mesej yang mengatakan tranksaksi gagal.
Lepas tu bagilah peluang dekat akak kat belakang ZoOm untuk mencuba nasib sebab setahu ZOOm baki dalam akaun mencukupi daripada jumlah yang ingin ZoOm keluarkan. Tak sampai  beberapa minit akak tadi pun mengeluh dan perkataan yang keluar dari mulut akak tu, " Rosak ATM ni Dik". Dah agak dah mesti ada yang tak kena dengan ATM tu.
Nak dijadikan cerita dan ZoOm perlu keluarkan duit daripada ATM terpaksalah berjalan ke bangunan di seberang untuk mengeluarkan duit dari akaun. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah memberitahu sistem MEPS tidak dapat digunakan sejak beberapa hari dan jika ingin mengeluarkan duit daripada ATM yang sama dengan kad bank. Akhirnya dapat juga ZoOm keluarkan duit daripada bank !!! GERAM tapi nak buat macam mana kita cuma pengguna yang berharap pada sistem !!

ZoOm : Apa kata anda  yang cuba mengeluarkan duit dari ATM hari ini !!?
Posted byAdminat7:31 PM

Ibu Zila Bakarin Sedang Nazak Di Hospital Ampang

Semoga ibu Zila Bakarin akan tabah menghadapi dugaannya, walaupun berat mata memandang beratlagi bahu yang memikul penyakit yang info kahabarkan telah lama dihidapi oleh ibu Zila.

Zizie Ezette di Tahan Di Hospital Ampang Suspek Denggi !!!

Menurut isteri kepada YB Bung Mokhtar ini beliau dimasukkan ke hospital pakar Ampang isnin lalu kerana suspek denggi. Khabarnya beliau berseorangan dirumah kerana suami berada di Sabah ketika beliau tengah demam teruk, nasib baiklah ibu Zizie ada dan menghantar ke Hospital Ampang.


Zizie juga mengatakan mungkin beliau dijangkiti ketika bercuti di Filipina bersama suami tersayang yang sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai YB. 


Nak buat macam mana suami jauh dan perlu berkhimat untuk masyarakat dan Negara khasnya.


Apa-apa pun semoga sihat walafiat.Posted byAdminat11:04 AM

Artis Indonesia Indra L. Bruggman Tolak Filem Seks

Macam-macam juga cerita artis dari seberang kalau sebelum ini hukuman vokalis Peterpan iaitu Ariel dipersoalkan oleh sesetengah pihak kerana terlalu ringan. Namun bagi ZoOm ada lagi pihak diluar sana yang perlu dikenakan hukuman selain daripada si pelaku yang kantoi. 


Contohnya macam cerita artis bernama Indra daripada Indonesia ini yang khabarnya ditawarkan untuk beraksi panas dalam filem terbaru, namun beliau menolaknya. Berikut diantara "Statement" beliau ketika ditanya oleh wartawan mengenai kariernya.

"Beberapa bulan lalu saya dapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem. Setelah berbincang dan mengetahui filem itu ada unsur seks, saya menolaknya. Tak kisahlah kalau saya tak dapat tawaran berlakon kalau tawarannya sebegitu," kata Indra kepada Mangga Online semasa ditemui di Jakarta baru-baru ini.
ZoOm : Kalau boleh si pengarah, penerbit dan siapa-siapa sahaja yang terbabit sehingga  adanya lakonan atau aksi panas. Apa pula Kata Anda di ZoOmartis ?Posted byAdminat11:21 AM

Konsert "Triple Malaysia In Concert " Bermula Mac Depan

Satu lagi konsert yang diatur untuk peminat irama rock di luar sana kerana ada pihak yang akan menampilkan beberapa kumpulan rocak bersama masyarakat di luar sana. Konsert yang menampilkan kumpulan May, Amuk dan juga XPDC akan bermula di Dataran Masyarakat Gemenceh, Negeri Sembilan.


Kutipan Filem Khurafat 7 Juta Sehingga Semalam !!!

PETALING JAYA: Kutipan filem Khurafat – Perjanjian Syaitan yang mencecah RM7 juta sehingga Selasa membuatkan pengarah Syamsul Yusof merancang untuk mengarah filem Khurafat 2 pada tahun ini.
Dengan kejayaan sambutan filem tersebut sejak ditayangkan di pawagam pada 13 Januari lalu, Syamsul sudah dapat menarik nafas lega dan mula lena tidur.
Kutipan filem tersebut telah melepasi kos produksi sebanyak RM1.7 juta.


zOoM : tAHNIAH Syamsul !!! Apa kata anda yang dah menonton filem ini ?


Posted byAdminat11:35 PM

Filem seram The Rite atasi No Strings Attached

Marta Gastini dirasuk
LOS ANGELES 31 Jan. - Filem seram penghalau hantu The Rite lakonan Anthony Hopkins mengungguli carta box office Amerika Utara hujung minggu lalu dengan kutipan AS$15 juta (RM46.5 juta).
Ditayangkan kira-kira di 3,000 pawagam, filem itu berjaya menempatkan diri di tangga teratas carta walaupun mendapat ulasan negatif pengkritik.


Filem romantik No Strings Attached lakonan Natalie Portman dan Ashton Kutcher jatuh ke tangga kedua setelah sekadar mengumpul jualan tiket AS$13.7 juta (RM42.47 juta).
Filem aksi The Green Hornet dan The Mechanic seri di tempat ketiga dengan kutipan sama sebanyak AS$11.5 juta (RM36 juta).


Trailer : 



Posted byAdminat12:23 AM

Artis Indonesia : Dewi Persik dan Julia Perez Bergaduh !

JAKARTA: Perselisihan faham antara Dewi Persik(gambar)dengan Julia Perez di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Karawang menimbulkan polemik yang cukup panjang.
Dewi Persik turut dikatakan tidak profesional oleh pengurusnya sendiri.


Pengurusnya Shangker tidak bersetuju dengan sikap Dewi Persik yang terlalu membesar-besarkan masalah kecil.


“Perkelahian ketika saat adegan pergaduhan adalah perkara biasa, dia seperti seorang yang tidak profesional kerana membesar-besarkan perkara itu,” katanya.
Ketika adegan pergaduhan Dewi Persik dan Julia Perez, Shanker berusaha mendamaikannya, namun Dewi membawa perkara itu dengan melaporkan kepada pihak polis serta memanggil wartawan.


“Pada saya sikap Dewi ini hanya memalukan dirinya sendiri, padahal perkara kecil ini boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.



Info : Mstar


ZoOm : Lantak la...Tapi teruk juga artis-artis yang terkenal dengan keseksian di seberang ni...!!Posted byAdminat12:54 AM

Salman Khan Dibaling Batu di Jepun !!

Nak buat macam mana dah engkau "Book" taman yang popular di jepun selama tiga hari buat apa, sudah tentulah penduduk dan pengunjung yang ingin melawat marah. Inilah yang berlaku kepada Salman Khan ketika penggambaran filem "Bodyguard" di Taman "Pune Okayama Friendship Garden", Jepun ini telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar apabila taman tersebut ditutup kerana penggambaran berlangsung.


ZoOm : Nasiblah Salman dan masuk kandang Harimau kenalah mengaum jangan mengembekkkk dah :)...Apa kata anda di ZOOmartis?Posted byAdminat1:43 PM

Uptown Kelana Jaya Kini Dibuka Isnin Hingga Ahad ( Rabu Tutup )

Jika anda berminat untuk membeli belah pada waktu malam inilah masanya kerana kini satu lagi UPTOWN di buka di Kelana Jaya bersebelahan Stadium. Ada pelbagai barangan yang sudah tentu mencuit hati anda untuk melihat dan membeli disamping harga yang murah dan beraneka pilihan.
Dan "Maps" boleh ikut gambar yang ZoOm sertakan dalam "Post" hari ini..

Yusry KRU Nafi Bercinta Dengan Maya Tetapi Masih Mencari Wanita Lain !!

Lama juga gossip mengenai kisah Maya Karin dan Yusry ni, satu persatu topic yang dibincangkan dimana-mana sumber pasti tidak akan terlepas membicarakannya. Dan yang terbaru Yusry tampil menjawap gossip mengenai beliau bercinta dengan Maya Karin. 


Yusry menafikan beliau bercinta dengan Maya Karin, dan dalam "Statement" baru-baru ini beliau tampil dengan jawapan dan luahan berikut menafikan kisah percintaannya dengan primadona Maya Karin :) 


Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.


Jelas Yusry, antara mereka berdua tidak mungkin terjalin sesuatu yang intim kerana hubungan tersebut telah pun melewati sempadan usia yang terlalu lama hinggakan tak mungkin terbit rasa sayang di hati masing-masing.
"Kami sudah berkawan terlalu lama hampir 10 tahun, jadi dia (Maya) memang kawan baik saya. Tak mungkin timbul rasa sayang atau cinta kerana kami tahu hati masing-masing. Saya selesa berkawan dengan dia dan saya yakin dia juga merasai apa yang saya rasa. Kami sudah serasi sebagai kawan sahaja," katanya membuka bicara mengenai cinta dan perasaannya terhadap wanita.
Tidak pernah menutup pintu hatinya terhadap ikatan perkahwinan, jauh sekali menjadikan kesibukkan sebagai alasan untuk hidup bersendirian, kata peminat kumpulan lagenda The Beatles ini, sepanjang bergelar duda, sudah beberapa kali dia cuba menjalinkan hubungan cinta namun semuanya putus di tengah jalan.
"Sebenarnya ramai yang tak tahu, sejak solo sudah beberapa kali bercinta tapi semuanya tak menjadi. Ramai yang tak tahu sebab ketika saya bercinta itu wanita berkenaan bukanlah selebriti jadi orang tak perasaan.
"Jadi ketika dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan apabila tak berjaya, saya menerima keadaan itu dan saya akan terus mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup," katanya yang tidak pernah meletakan sebarang syarat mahupun kriteria tertentu kepada wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Berkongsi cerita jelas Yusry, dia tidak kisah wanita mana yang akan singgah di hatinya, namun mengakui wanita muda lebih berani mencuba mencari cintanya.
"Saya ini pemalu, jadi takut di reject apabila orang bagi hint pada saya baru saya berani nak mengambil langkah seterusnya. Saya tak kisah wanita itu solo ke, janda ke atau berusia asal yang dapat menerima saya sudah memadai. Tapi apa yang dapat saya lihat sekarang, ramai wanita muda yang berani mencuba 'tackle' saya. Jauh lebih muda dari saya lebih kurang macam umur 20-an. Malah bekas teman wanita saya dulu pun baru berusia 21 tahun," katanya yang baru sahaja putus cinta tahun lalu.Posted byAdminat2:29 PM

Adakah Nash Tetap Di Saman Oleh Rita Anak Arwah Sosilawati ?

Kalau ZoOm baik selesaikan cara baik je, yang baik kita simpan dan yang buruk kita buang..bak kata pepatah "Air yang Dicincang Tak Akan Putus". Tapi itu semua terpulanglah pada empunya diri nak teruskan ke tak sebab ia adalah masalah keluarga.


Dan berikut "Statement" daripada Akhbar Onlline mengenai DILEMA anak Arwah Sosilawati untuk teruskan atau tidak kes sama bekas Ayah tirinya yakni Abang Nash kita.


Facebook Abby Fana Sinar FM Kena Hack !!

Pagi tadi semasa keluar minum pagi ZoOm terdengar Abby Fana bercerita mengenai akaun Facebook beliau yang disalah guna oleh orang lain yang berjaya mengodam akaun facebook Abby Fana.

Sekarang ini zaman yang moden dan canggih malah manusia dimuka bumi ini pun semakin cilik pandai dengan sistem komputer yang pada mulanya hanya segelintir sahaja yang mampu memecahkan kod dan program dalam komputer.

Bagi ZOOm salah satu sebab Facebook pernah kecoh nak tutup mungkin kerana fungsi Facebook yang mudah diceroboh kot..

ZoOm : Apa Kata Anda ?Posted byAdminat11:38 PM

JOkes : The difference between COMPLETE and FINISHED

The  difference between COMPLETE and FINISHED

People say there is no difference between COMPLETE & FINISHED...

But there is.

When you marry the right one, you are COMPLETE...

And when you marry the wrong one, you are FINISHED...

And when the right one catches you with the wrong one,you  are... COMPLETELY FINISHED.



LMFAO

[STORY] Boxing Time !!

"Help me, doctor", pleaded a man to his doctor desperately.

"Every night I dream that I am boxing".

"And do you wake up in the morning feeling all beaten up?" inquired his doctor.

"Not me doctor", the man replied helplessly. "Just my wife".

Ingin Berniaga di Uptown Kelana Jaya !!!?


mercial/Industrial For RentCommercial type: Retail SpaceRental price: RM 350/monthSize: 8 sq.ft.Local area: Kelana JayaKepada semua usahawan-usahawan yang ingin merebut peluang di bazar ini, sila hubungi penama di bawah untuk keterangan lanjut

1) En Rahman 019 3010441
2) En Noh 019 3070676
3) En Badrul 012 9430294
4) En Hafifudin 012 6275937

Butiran

1) Kanopi 8x8
2) Pengurusan Sampah
3) ElektrikPosted byAdminat9:28 PM

Berita Panas : Minyak RON95 Naik Lagi !!

Kuala Lumpur, 6 Jan 2011 – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.40 seliter, manakala RON95 pula naik 5 sen. 

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat secara terpencil di dada akhbar. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak
berhari hari lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya mencapai azam saya iaitu hidup serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Pemuda yang mahu dikenali dengan nama Syah Syamsiri , 38, yang bekerja di syarikat komunikasi berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Dengan ini saya dapat mengurangkan aktiviti merempit di sebelah malam. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup prihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En.Tomok New Boys , 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer..”

Wartawan kami juga sempat menemubual seorang gadis yang sedang berjalan kaki melintas stesyen minyak tentang pendapat beliau mengenai kenaikan harga minyak RON97. Gadis tersebut Scha Al Yaya,berkata “Bagus la bang minyak naik, nanti harga barangan lain pun naik, ikan naik harga, ayam pun naik harga, ni bawang merah pun dah naik harga. Jadi saya boleh berdiet bang. Bolehlah lepas ni saya pakai baju fesyen-fesyen, ehmm RON tu nickname nama Badron kan bang? Tentu dia hensem…”

Untuk melengkapkan artikel biar dapat panjang sikit space di akhbar kami, wartawan kami sempat juga menemubual seorang kanak-kanak lelaki ,Safee Sali yang sedang mengepam tayar basikalnya di stesyen minyak yang sama. “Minyak mana boleh naik bro… kan kalau pam minyak tu turun masuk dalam tangki kereta…”

Wartawan sempat juga menemubual pam attendan stesyen minyak tersebut, “minyak naik pun gaji sama juga encik..tak naik pun”

Fasha Sandha Tempat Pertama Dalam Carian Google !!

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.

"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! disini semalam.



Info : Kosmo / Forum


Zoom : Memang dah agak dah sebab dalam blog ZoOm pun Cerita Fasha dalam statistic memang tinggi setiap hari. Nak buat macam mana sebab dialah artis paling meletup dengan konterversi selama ZoOm belum menjadi penulis blog lagi. Apa pula pendapat anda !!!?Posted byAdminat1:39 AM

Mohd Juara Mentor Belum Terima Hadiah RM100 Ribu !

Dia belum lagi menerima wang tersebut kerana berhadapan dengan kerenah prosedur dari badan yang sekarang memegang wang tersebut, iaitu Amanah Raya.

Mohd mengalami kesukaran mengambil wang itu kerana ibunya yang juga dinamakan sebagai pemilik bersama wang itu meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan wang itu terpaksa dikategorikan sebagai harta pusaka.

Mohd juga berharap pihak yang berwajib akan menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan memahami situasi dirinya sekarang.
Apabila ditanya tentang perancangannya wang tersebut, Mohd menyatakan dia mahu menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat modal perniagaan runcit di sebuah lokasi ibu kota.


Info : Mstar


ZooM : kesiannya kenapalah susah sangat nak keluarkan duit dari Amanah Raya ni, dan untuk makluman bukan Mohd je yang menghadapi apabila berurusan dengan Amanah Raya, terutamanya jika seseorang pemilik itu telah meninggal dunia. Nak buat macam mana dah prosidur dia macam tu kita ikut je sebab pengguna tetapi Amanah Raya kena ubah konsep sedikit bagi mengelakkan terlalui banyak prosidur yang kena ikuti jika ingin mengeluarkan harta/duit.



Semoga Mohd berjaya mengeluarkan duit daripada Amanah Raya dan seterusnya membuka peluang perniagaan bagi beliau..Posted byAdminat1:51 AM

Aman Shah Didenda 3 Ribu Kerana Ditangkap Berkahlwat Tahun Lepas !!



Aman Shah dan Pasangannya janda anak dua didenda RM 3 Ribu selepas mengaku bersalah berkahlwat tahun lepas di Persint 15 Putrajaya.


Aman Shah atau nama sebenarnya, Aman Shah Abu Kassim, 53, dan Rohana, 32, terdahulu mengaku salah berada dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak atau berkhalwat pada pukul 12.15 tengah malam, 26 September 2010.


Dibawah ini "Statement" Aman Shah Mengenai Kes ini :


“Kejadian itu berlaku semasa saya mempunyai masalah. Saya nekad untuk tidak melakukan kesalahan yang sama di masa akan datang,” katanya menambah agar tidak dikenakan hukuman penjara.


ZoOm: Semoga Beliau Akan mengambil iktibar dengan apa yang berlakuPosted byAdminat8:29 PM

Tomok Dan Pramugari Kahwin Bulan Julai !!?

Betulkah Tomok akan berkahwin pada bulan Julai 2011 ni ? Entahlah tapi ini yang ZoOm baca dalam akhbar online tengah malam ni.Penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 26, turut mengaku akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.




Berikut "Statement" Beliau apabila ditanya oleh wartawan Mstar Online :



“Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.“Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai,”"Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat,” katanya.

ZoOm : Untuk pengetahuan anda nama GF Tomok " Ayu ", dan berkerja dengan syarikat penerbangan Malaysia ( MAS/AIRASIA

[STORY] Suami Yang kecewa Part II

2minggu kendian....

tit..tit..tit.. tiba-tiba ringtone msj fon aku berbunyi, then aku terus buka.. dan baca
Sender : ayg
sayang, karang nak amik ayg amik awal sikit yer. Malas tul nak wat keje da nih, ingat nak balik tdo je nih. Malam krg nak tdo awal sket. Nih pn asyik sangap jer sampai berair-air ..

[STORY] Suami Yang Kecewa Part I

"alamak, bila la anak aku nih nak tido gamaknyer." dengan nada sedihnya aku mengeluh mengenangkan kesangapan setelah berminggu-mingu tidak berlayar."yang, anak tue xmo tdo lagi ker?" berulang kali aku bertanyakan kepada isteri aku akan anakku yang masih cergas bermain. " 


Blom lagi, sket lagi tdo ler," tanpa rase bersalahnya bini aku menjawab. Aku pn lalu memanggil anak aku lantas memberi satu teka-teki untuk dijawab " Kalo adik dapat jawab teka-teki nih adik mmg pandai, Apa dia bila hidup dia baring bila tido dia berdiri". menung panjang anak aku memikirkannya sampai la dia mengalah " Adik xtahu la abah, ape jawabnya?"  


ape lagi aku jawab la " haa.. kalo adik nak tau, nnt abah gtau dalam mimpi..g tdo keh". dengan pantasnya anak aku terus masuk bilik. Hahaha.. aku berjaya jugak suh anak aku tdo, sambil senyuman yang lebar dan
urat-urat semakin berdenyut-denyut aku terus mendekati bini aku yang tengah asyik menggosok baju. "sayang...  mlm nih kapal abg da siap nak belayarrrrr" sambil hembus2 manja kt telinga bini aku. Dengan suara manjanya bini aku menjawab " sayang... hari nih ayang lampu meerraaahhhh.." Argghhh.. TIDAKKKKK...Posted byAdminat12:32 AM

[18SX] Anak Tumpang

Sepasang suami isteri dah lama mencuba utk mendapatkan anak..lalu satu hari
mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain..
isterinya itu menggunakan benih lelaki lain utk mengandung..  Setelah
bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" (heheh) spermnya..

maka satu hari.. sisuami berkata..

"Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tersebut akan datang..."
(lelaki yang nak gunakan sperm dier la..)

Kebetulan sebelum lelaki tersebut muncul.. tiba2 seorang photographer bayi..
datang.. meng'offer'kan servis nya

"Selamat pagi puan.. saya datang utk.. "belum sempat habis bercakap ..isteri
memotong kata2nya dan berkata "oh ya..saya memang menunggu awak.."

"errr ya ka?" kehairanan photographer tu..
"kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..
(maksudnya gambar yang baik la.. )

"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.. "silakan masuk.. dan
duduk la.."


"Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapa ketika...
"Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas
sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai di ruang tamu saja.
itu pun seronok juga..anda akan benar2 enjoy..." kata lelaki tadi menerangkan
tempat2 yang sesuai utk diambil gambar..

"Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan
suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri ...

"Puan, tak da orang yang bleh grenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita
pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda
akan suka dengan resultnya...

Si isteri ..tercengang...


"Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa skit..saya suka.
berada diluar dan didalam buat beberapa ketika.. tapi tentun puan tak suka..

"Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan
gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya buat maser di
atas bus kat London..


"Hah!...atas bas????" terkejut si isteri...
"Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah
nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi..

"Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri..
"Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat
keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan
jelas apa yang kami lakukan..."

"Didepan public???" "Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya..
menjerit.terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah
datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. "
cerita si Photograper..


"awak maksudkan tupai2 tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri..
"Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod
lepas tu kita akan mulakan.. "Tripod????"nak buat aper..??? "tanya siisteri..
"OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang
lama-lama.. "


"er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!!

hahahahahahaaaaaaaa........Posted byAdminat12:34 AM

[STORY] Kisah Nyah yang insaf...

Satu pagi hari ahad..... dua orang nyah sedang berbincang di hadapan serambi umah sewa..... nyah satu nie namanya sally dan sorang lagi nama dia abby...... tetiba..

Gambar Kekasih Nabil Raja Lawak Yang Sebenar

Entahlah.. satu persatu gadis yang cantik dan seksi digossipkan sedang bercinta dengan Nabil Juara Raja Lawak ni. Gambar ini ZoOm jumpa daripada laman gossip OHBULAN, yang berkongsi dengan pembaca mengenai artis bernama Nabil ini bukan bercinta dengan gadis bernama Uqasha. Lu fikirlah sendiri :)






Apa Kata anda ?

Gelaran " DATUK " artis tidak diiktiraf !!?



Daripada petikan akhbar hari ini
Datuk Sulu artis tidak diiktiraf
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Sehari selepas negara dikejutkan dengan pendedahan gelaran 'Datuk' palsu, dunia hiburan pula kecoh gara-gara beberapa artis menerima gelaran Datuk Sulu yang tidak diiktiraf di Malaysia.

Walaupun gelaran Datuk Sulu diberi bukan dibeli daripada Kesultanan Borneo Ke-11, tindakan penerimanya menggunakan 'Datuk' tetap dipandang serong.
Mereka yang menerima gelaran tersebut antaranya Azizul Khamis, Salwa Abdul Rahman, Sheqal, L. Ramli, Jeffry Din dan pelawak, Mat Zain.
Bagaimanapun, Jeffry Din juga menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena ulang tahun beliau yang ke-72, tahun lalu.
HARI NIE AHMAD TARMIMI SIREGAR DPT DATO' SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP BESAR NEGERI SEMBILAN.. TAHNIAH
Zoom: Apa kata anda?Posted byAdminat12:47 AM

Ujiabakat Akademi Fantasia (AF9) Secara Online



Mungkin ramai yang belum tahu bahawa ujibakat Akademi Fantasia untuk Akademi Fantasia (AF9) sedang giat dijalankan di beberapa bandar utama di seluruh negara.Untuk musim baru ini, Akademi Fantasia (AF9) tampil berbeza di mana ujibakat boleh dijalankan secara online iaitu melalui video anda yang diupload ke laman Youtube.Lokasi Ujibakat Akademi Fantasia (AF9)Sabah:

Hotel Promenade, Kota Kinabalu – 28, 29 dan 30 Januari 2011Kuala Lumpur:

Stadium Nasional, Bukit Jalil – 11, 12 dan 13 Februari 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Genting Highlands pada 3 April 2011



Bakal berlangsung pada 3 April 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)  mencari siapakah artis yang paling sesuai dinobatkan sebagai artis paling popular untuk tahun 2010 yang lalu.


Mengumumkan senarai lima finalis dalam 16 buah katogeri di ABPBH ini, bintang paling popular diumumkan bakal memenangi kereta Nissan teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia Mandalay. Manakala artis dan personaliti yang memenangi setiap kategori pula bakal membawa pulang barangan kemas Rafflesia bernilai RM 10,000 tajaan Mandalay.



Berikut adalah senarai lima finalis terpilih dalam setiap katagori yang dipertandingkan:



Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Anuar Zain
3) Black
4) Faizal Tahir
5) Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1) Adira
2) Ana Raffali
3) Alyah
4) Stacy
5) Yuna

Artis Duo/ Berkumpulan Popular
1) Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/ Altimet
2) Azlan & The Typewriter
3) Bunkface
4) Meet Uncle Hussain
5) 6ixth Sense

Penyanyi Nasyid Popular
1) Hijjaz
2)Inteam
3)Mirwana
4)Rabbani
5)Raihan

Pelakon TV Lelaki Popular
1)Aaron Aziz
2)Ady Putra
3)Fizz Fairus
4)Remy Ishak
5)Shaheizy Sam

Pelakon TV Wanita Popular
1)Fasha Sandha
2)Lisa Surihani
3)Noorkhiriah
4)Scha Alyahya
5)Tiz Zaqyah

Artis Baru Popular
1)Daus
2)Maulana
3)Shahir
4)Shanaaz Ahmad
5)Shahz Jaszle

Artis Baru Wanita Popular
1)Adira
2)Ana Raffali
3)Mizz Nina
4)Nurul Elfira Loy
5)Nur Syuhada

Artis Indonesia : Gambar Perkahwinan Irwansyah dan Zaskia Sungkar

Inilah gambar perkahwinan artis Indonesia yang menjadi pujaan jutaan wanita disana, Zaskia adalah gadis yang bertuah kerana berjaya mencuit dan menambat hati Irwansyah.Lagi gambar perkahwinan Irwansyah dan Zaskia dibawah :

Radhi OAG Masuk Rumah Pengasih Untuk Dapatkan Rawatan



Radhi Di Rumah Pengasih
Radhi nekad meninggalkan tabiat mengambil dadah yang telah lama bersemadi didalam hidup beliau, dan menjadi salah satu punca masalah keluarga.
Semoga niat murni untuk berubah akan menjadi orang yang berguna.

Filem Crayon Ke Los Angeles di Kodak Theatre

Anugerah berprestij Hollywood itu akan berlangsung pada 27 Februari ini di Kodak Theatre, Los Angeles.
Setakat ini, filem tersebut tersenarai antara 248 filem dan merupakan filem Malaysia pertama yang layak bertanding di anugerah tersebut. Keputusan penuh tentang pencalonan akan diumumkan pada 25 Januari ini.

Gambar Kekasih Heliza AF5 ?



Menurut info yang Zoom dapat jejaka bernama Ahmad Syafiq ini ( Facebook ) adalah kekasih dan jantung hati Heliza AF. Dan juga jejaka ini dikatakan telah berjaya menambat hati Heliza yang comel ketika Matrikulas lagi sehinggalah sekarang.

Dan Gossip Heliza oleh Datuk sebelum ini sudah pasti hanya omongan kosong sahaja jika betullah jejaka ini kekasih beliau.

Daripada petikan utusan :



Heliza juga berkata, sehingga hari ini, pintu hatinya belum terbuka mahu bercinta, malah belum ada lelaki yang benar-benar boleh menakluk hatinya. Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya.

"Percaya atau tidak terserahlah, tetapi empunya diri yang bernama Heliza ini sukar nak jatuh cinta. Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi hati saya belum terbuka nak menerima sesiapa. Mungkin kesibukan dengan jadual pelajaran, di samping jika bercuti, ada saja aktiviti nyannyian yang diaturkan membuatkan saya tiada masa nak fikir soal peribadi.

"Saya gembira hidup seperti ini, belum masanya saya bercinta lagi. Saya nak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya terlebih dulu. Tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting daripada segala-galanya. Saya mahu membahagiakan keluarga dan memberi limpahan kemewahan hidup pada mereka. Jadi soal lain biarlah ditolak ketepi dulu.



ZoOm : Entahlah mana yang betul info/fakta/gossip..tapi yang sebenarnya hanya empunya diri yang tahu..


Apa kata anda ?



Posted byAdminat2:10 PM

Cerita Lawak : Kisah Cikgu Sejarah Dan Muridnya

Masuk jer kelas 3C nih, mesti aku menung panjang. Bukan ape diorang nih bukan minat sgt hal-hal sejarah tue. Paling aku bengang sekali nih ngan budak nama abu. Time aku ngajar je, asyik nak menguap jer. alik-alik sampai tertdo, Isshhh..

Bosan sgt ker sejarah nih. "Murid-murid, ari nih kita belajar kesultanan melayu melaka yer. semua kuarkan buku teks sejarah halaman 100.2". " Baiiikkkkk cikgu." masing-masing jawab pn xikhlas jer. huhu.. sedey tul aku. Xper.. xper.. sket lagi kena la korunk. So, aku pn mulakan la pelajaran hari ni.

Seperti dijangka, si abu dah bnyak kali menguap. Then aku masuk bab hulubalang melaka " Kalau kamu semua pandai, melaka ade berapa hulu balang yang terkenal " baik punya soalan aku kasik.

Tiba-tiba abu dgn cerdasnya menjawab " Ek eleh cikgu nih, soalan punya senang camnih budak darjah 1 pn tahu, ade 5 la cikgu.. hahaha. mudah sungguh". Ceh, berlagak ko abu. " tue la kamu, yang dalam buku tue mmg hanya nyatakan 5 sahaja, yang sebenarnya ada 7 org" aku balas. Abu xpuas hati "Ish, cikgu biar betul..

Hang tuah, Hang jebat, Hang lekir, Hang lekui dan Hang kasturi. sape lagi 2 cikgu?". " Hang tanya, Hang Bodo" haaa.. tue la lagi dua. hehehe..

ZoOm : hahahaha jahat giler jawapan :)

Nabil Raja Lawak Tidak Tersenarai Dalam Konsert Lawak?

Stress bekerja & berada di Johor Bahru? Memang kau, dan kau bertuah kerana julung kalinya Astro Warna akan membawa 26 pelawak terkenal tanah air untuk konsert lawak terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, Konsert Lawak. Konsert ini akan menampilkan gabungan pelawak veteran & baru seperti Dato Aziz Satar, Saiful Apek, Yassin Senario, Bob Kuman, Pi’ee, Maidin, Sathiya, Abon, Os, Radhi Khalid, Sobri AC, Farouk Hussein, Hamid Gurkha, Accapan, Angeline Tan, Enot, Didie Alias, Amyza Aznan, Sharifah Shahora, Syanie, Sepah, Kecik, Idlan, Azrul dan Taukeh.

Dihoskan oleh pasangan Jozan (Johan & Zizan), anda sudah dapat mengagak yang mereka bakal memecahkan perut anda dengan jenaka yang gila-gila. Terutamanya Johan yang terkenal dengan aksi dia meniru gaya selebriti lain seperti Eric Leong, Dr. Fadzilah Kamsah, & Chef Wan. Tonton sahaja babak sengal Johan dalam drama Chapalrela, anda akan faham maksud kami.

Turut membuat penampilan istimewa dalam konsert yang pertama kali seumpamanya diadakan di negara ini adalah lagenda rock Amy Search disamping Adibah Noor, Fabulous Cat dan Rahmat Mega. Konsert ini akan diadakan pada 22 Januari 2011 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) mulai pukul 6 pm. Yang penting, kemasukan adalah percuma!

Namun, ada sedikit kegelisahan di hati kami apabila Nabil Raja Lawak tiada dalam senarai barisan penghibur sempena Konsert Lawak ini. Tak mungkin disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda Nabil menyebabkan dia berkecil hati lantas mahu menghilangkan diri, kan?

Agaknya apa’lah sebab Nabil tidak dibawa bersama, ye? Busy dengan awek pramugari ke?

Gambar HD Aisya Hasnaa, Penyanyi Jazz Smoking Hot!

Pertama kali kami mengenali kelibat Aisya Hasnaa melalui akhbar Kosmo yang disiarkan sekitar minggu lepas. Wanita ini masih muda & cantik bergaya, dikurniakan suara enak yang mampu membawa lagu berentak jazz & Rnb. OHBULAN! difahamkan, Aisya Hasnaa yang berumur sekitar lingkungan 20-an sedang melanjutkan pelajarannya di Sunway College. Walaupun Aisya Hasnaa adalah nama baru, tetapi dia telah pun berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak berumur 14 tahun.

Sebaik sahaja tamat sekolah menengah, Aisya Hasnaa telah merancang untuk serius dalam bidang nyanyian dan kini dia baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Lagu Mahu Kamu. Aisya Hasnaa bernasib baik apabila diberikan kepercayaan untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Wake The Baby, yang dimiliki oleh komposer popular, Ajai.

OHBULAN! dimaklumkan oleh Aisya Hasnaa bahawa dia akan bersama-sama Ilyka, Riz AF & Sani Mentor terbang ke negeri Sarawak bagi meraikan penerbangan sulung Firefly pada Sabtu ini, 15 hb dan dijangka balik ke semenanjung pada 18 hb. Kami akan paparkan temubual eksklusif bersama penyanyi berbakat ini sekembalinya dia daripada jelajah promosi.

Namun, kami sempat bertanyakan kepada Aisya Hasnaa satu soalan yang agak agresif berbunyi, “Aisya, you ada boyfriend ke tak” Aisya membalas dengan bersahaja, “Kalau ada boyfriend nanti I bagitau u. Tak leh la, busy sekarang tiada masa untuk orang lain.”

Enjoice gambar Aisya Hasnaa dalam versi HD yang bisa membuatkan anda jatuh cinta selepas ini.

Aznil Nawawi Bengang Bila Zizan Melawak Guna Nama Bapa

UPDATE : Aznil Nawawi Maafkan Zizan Raja Lawak Atas Keterlanjuran Kata

Fuh! Satu perkara yang kami faham, kalau melawak guna nama mak bapak memang bikin hal. Bukan apa, itu memang isu sensitif yang mencabar penghormatan kaum keluarga.

Aznil Nawawi Maafkan Zizan Raja Lawak Atas Keterlanjuran Kata

Mujur, Aznil Nawawi akhirnya memaafkan Zizan Raja Lawak atas keterlanjuran katanya yang kami paparkan dalam entri Aznil Nawawi Bengang Bila Zizan Melawak Guna Nama Bapa sekitar pukul 3.47 am, pagi tadi.

Mesej Aznil Nawawi mungkin pendek, namun cukup untuk melegakan hati Zizan yang gundah gulana dilanda perasaan bersalah ekoran terlajak kata. Aznil dalam tweetnya berkata, “Semua org buat silap. Adik Paknil bernama Zizan x tkecuali. Paknil pun pernah buat silap n org maafkan Paknil. Paknil maafkan Zizan.”

Sharifah Amani Sebagai Pelacur Dalam Filem Jepun, Liberating Of Soul

Sebelum ini, Sharifah Amani pernah mengumumkan di Twitter bahawa dia menerima tawaran daripada produser filem Jepun untuk sebuah filem yang dirahsiakan. Hari ini, OHBULAN! berjaya mendapat informasi daripada rakan media, Tupai.com.my bahawa Sharifah Amani akan melakonkan watak sebagai seorang pelacur dalam filem Jepun berjudul, Liberating Of Soul.

Filem ini berkisarkan 2 warganegara Jepun datang ke Malaysia atas kehendak sendiri. Tatsumi (Aki) merupakan seorang ahli perniagaan yang menghadapi kegagalan dalam perniagaan & bakal bankrap ini telah bercadang untuk membunuh diri supaya kaum keluarganya boleh mendapat wang pampasan insuran. Ditakdirkan Tatsumi telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Saijo (Mikawa) yang akan menjadi saksi kematian Tatsumi dengan syarat bahawa Tatsumi mesti bersetuju untuk mencari seseorang yang penting di Malaysia.

Sampai di Malaysia, mereka berjumpa dengan seorang pelacur, Rin (Sharifah Amani) dan menjelajah seluruh Kedah untuk mencari rakan misteri Saijo.

Ahmad Dhani Bakal Jadi Pengetua AF9?

Berita ini belum sah, namun daripada sumber yang dipercayai ada menyatakan bahawa Ahmad Dhani mungkin bakal calon pengetua untuk Akademi Fantasia 9 (AF9). Sebelum ini, Ahmad Dhani yang mengetuai band Dewa 19 pernah mengumumkan untuk bekerjasama dengan siri realiti tv Malaysia demi mencari pengganti vokalis mereka, Once. Mungkin, impian Ahmad Dhani untuk mencari vokalis baru Dewa 19 akan tercapai apabila dilantik sebagai pengetua AF9?

Ketika berlangsungnya sidang akhbar Khamis lepas di Duo Apartment, pihak AF9 banyak kali diajukan pelbagai soalan mengenai bakal pengetua AF9 yang dikatakan daripada seberang. Antara nama lain yang timbul ialah komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa, juga bapa kepada penyanyi muda berbakat besar, Gita Gutawa (Kembang Perawan).

Kalau diikutkan daripada senario elemen Indonesia dalam hiburan tempatan, komposer seperti Ari Lasso & Melly Goeslow juga mempunyai potensi untuk dijadikan pengetua AF9. Kebanyakan lagu mereka pernah menjadi hits di Malaysia, kami tak menolak kemungkinan besar mereka berdua turut diintai oleh pihak AF9.

Imbas kembali, Akademi Fantasia sebelum ini pernah mengambil Ramli MS dan Ramli Sarip sebagai pengetua, kedua-duanya berasal daripada Singapura. Jadi, bukan satu masalah untuk orang kita menerima pula pengetua daripada Indonesia.

Ada bagus juga diambil pengetua AF9 daripada negara seberang. Bukan apa, kebanyakan kegagalan artis Malaysia untuk menembusi pasaran Indonesia disebabkan mereka tidak bersedia dari segi mental, terutamanya untuk melawan segala gosip panas media di sana. Serius, media Indonesia bukan main-main, lagi hebat terjahnya daripada Melodi.

Tidak dinafikan, pasaran Indonesia memang luas dengan jumlah penduduk melebihi 200 juta. Daripada apa yang kami faham, tahun lepas band Samson sahaja membuat lebih 500 persembahan dalam setahun, itu hanya di Indonesia! Bayangkan, betapa besarnya pasaran mereka?